Monday, November 28, 2011

BGRC & GEMPAK SANTAI CAR T'SURE HUNT 2011 - News

Extracted from Harian Metro (28th Nov 2011)
Cari ‘harta’ guna kamus


KUANTAN: Pengalaman menyertai lebih 30 pertandingan memburu harta karun memberi kelebihan kepada kumpulan 2 Sneakies + 2 Innocent menjuarai Car Treasure Hunt anjuran akhbar Harian Metro (HM) bersama Bukit Gambang Resort City (BGRC) sempena Gempak Santai Harian Metro @ Taman Air Bukit Gambang (TABG), semalam.

Dalam pertandingan berkenaan, kumpulan dianggotai empat sahabat dari Kuala Lumpur, Claire Chin, 30, Alexander Hoh, 45, Julie Tan, 30, dan Goh Teck Koon, 54, membawa pulang wang RM3,000 manakala tempat kedua dimenangi kumpulan Apapun Boleh yang membawa pulang RM1,500. Tempat ketiga dimenangi kumpulan Vetaisakhti yang menerima RM1,000.

Menurut Claire, ini kali pertama kumpulannya tekad menyertai pertandingan anjuran HM dan resort berkenaan selepas membaca mengenai penganjuran pemburuan harta karun itu dalam akhbar ini.
 
“Pertandingan harta karun kali ini agak mencabar kerana membabitkan perjalanan jauh dari Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan serta memerlukan enam jam untuk menjawab 30 soalan diberi.

“Semua soalan dalam Bahasa Melayu menyebabkan kami membawa kamus bagi memahami soalan berkaitan akhbar HM dan BGRC serta destinasi menarik sepanjang perjalanan,” katanya.

Sebanyak 10 pasukan dari ibu negara menyertai pertandingan julung kali diadakan dan hadiah kepada pemenang disampaikan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar. Turut hadir, Pengurus Pemasaran dan Komunikasi BGRC, Karen Tan.


No comments: