Monday, February 11, 2013

TREASURE HUNT AMAL "STAND UP FOR GAZA" 2013 - News

Treasure Hunt Amal Kumpul "Dana Stand Up For Gaza"

 


Ahad, 3 Februari 2013, Shah Alam - Alhamdulillah, Kompleks Islam Al-I'tisam(KIAI) dengan kerjasama Fun Hunt People(Konsultan Treasure Hunt ), Honda Global Amity Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM), Space U8 selaku penaja lokasi, Sinar Harian dan Hikmah Channel selaku media rasmi telah berjaya menganjurkan Treasure Hunt Amal bagi mengutip Dana Stand Up for Gaza.

Objektif utama aktiviti Treasure Hunt Amal Stand Up For Gaza selain mengumpul dana bagi membantu pembangunan semula masjid-masjid di Gaza, ia juga bertujuan menghulurkan bantuan ekonomi kepada keluarga-keluarga miskin Gaza yang memerlukan bantuan akibat kemusnahan harta benda akibat peperangan Hijjaratus Sijjil oleh rejim Zionis Israel pada November 2012.

Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan peserta serta aktiviti amal sebegini memberi galakan dan peluang kepada orang ramai untuk beramal secara tidak langsung dengan menyertai program bantuan Kemanusiaan seperti Treasure Hunt Amal Stand Up For Gaza ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang. Hadiah kepada pemenang tempat pertama hingga ke lima telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Zaki bin Arshad, Timbalan Pengarah JAIS.




No comments: