Extracted
from Utusan Malaysia (25th July 2013)
Promosi produk pelancongan
JOHOR BAHRU 24 Julai -
Pelbagai usaha giat dijalankan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Johor, Jabatan Pelancongan negeri dan Tourism Malaysia Johor dalam usaha
mempromosi produk pelancongan yang ada di negeri ini.
Selain menjalankan
aktiviti promosi melalui program-program rasmi, pihak jabatan turut
menganjurkan Johor International Treasure Hunt 2013 baru-baru ini sebagai usaha
mewujudkan kepelbagaian dalam memperkenalkan Johor serta produk pelancongannya.
Acara yang melibatkan
perjalanan sejauh 198 kilometer melibatkan laluan dari Johor Bahru ke Mersing
itu membabitkan sebanyak 250 peserta dengan penggunaan 60 kenderaan.
Group Photo |
Posing for the briefing |
Receiving question papers |
More receiving |
Last to receive the question papers! |
Team discussion |
Waiting for flag off! |
Program yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM15,000.
Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Johor, Mohammad Isa Abd. Halim berkata, matlamat utama penganjuran program itu adalah untuk menjadikannya platform mempromosi destinasi, produk pelancongan, sejarah dan warisan yang menarik yang terdapat di negeri ini.
"Selain itu, program tersebut bertujuan membentuk jaringan sosial dan profesional antara agensi berkaitan kerajaan dengan peserta serta masyarakat setempat.
"Kita melihat aktiviti rekreasi seperti ini dapat menguji tahap intelektual selain fizikal dan mental serta semangat berpasukan dalam usaha melahirkan generasi yang lebih berdaya saing," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Johor International Treasure Hunt 2013 turut mendapat kerjasama Johor Corporation Berhad (JCorp), Institut Pembangunan Pengurusan Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Daerah Kota Tinggi dan Majlis Daerah Mersing.
Program itu turut mendapat sokongan daripada beberapa rakan strategik termasuk Jabatan Taman Laut, Felcra Sungai Ara, Homestay Air Papan, Medini Mall dan Hotel Seri Malaysia Mersing.
Some Q&A
Q2 They might serve food from a simple city in Borneo here. |
Q4 Say it twice to bid goodbye. |
Q12 The 1st crumbles and hops clumsily. |
Q16 A small research assistant was laid back next to a high performance car. |
Mohammad Isa berkata, program itu turut menyelitkan beberapa elemen tradisional melalui kepelbagaian tugasan yang disediakan di setiap 'check point' malah disesuaikan dengan lokasi serta mampu memperkenal dan memberi nilai komersial kepada lokasi tersebut selain memberi pengalaman menarik kepada peserta.
"Aktiviti seperti memetik sawit dan memancing di sawah yang menjadi sebahagian dari tugasan peserta ini mungkin tidak pernah dilakukan atau dilalui peserta sebelum ini dan ini pastinya menjadi sesuatu yang baru yang mungkin akan dikenang sepanjang hayat mereka.
"Selain itu kita juga memperkenalkan destinasi pelancongan terbaru di Johor seperti Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya dan beberapa tempat bersejarah seperti makam Sultan Mahmud di Kampung Makam, Kota Tinggi," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Zainal Eran berharap aktiviti tersebut akan terus menjadi acara tahunan dan melibatkan daerah-daerah lain yang terdapat di negeri ini sebagai langkah mempromosikan produk-produk yang ada di negeri ini.
"Kita percaya pendekatan seperti ini adalah sesuatu yang sangat baik tambahan pula Johor sememangnya memiliki keunikan serta keindahannya tersendiri yang mampu menambat hati para pengunjung," katanya dalam majlis penutup program itu.
Johan bagi Johor International Treasure Hunt 2013 ialah kumpulan 4WD yang membawa pulang wang tunai RM4,000 manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi Crazy Hunters (RM3,000) serta The Lucky One (RM2,000).
2nd Runner Up |
1st Runner Up |
Champion |
Top 3 Winners |
No comments:
Post a Comment