Sunday, June 7, 2015

TREASURE HUNT GEGAU MELAKA 2015 - News

Posted on Utusan Malaysia (7th June 2015)

Kumpulan 4 Caret ungguli ‘Treasure Hunt Gegau Melaka 2015’
MELAKA 6 Jun – Kumpulan 4 Caret muncul juara 'Treasure Hunt Gegau Melaka 2015' yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai untuk lima pemenang utama dan hadiah barangan tajaan syarikat-syarikat korporat bernilai lebih RM70,000. KUMPULAN 4 Caret yang muncul juara 'Treasure Hunt Gegau Melaka
Dalam acara itu yang berakhir di pekarangan Kompleks Sukan Hang Jebat, Paya Rumput di sini hari ini, kumpulan 4 Caret menerima ha­diah wang tunai sebanyak RM5,000 manakala tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Aiman Abdullah yang memenangi wang tunai RM3,000, manakala kumpulan Hunters Rus memenangi tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM1,500.





Kumpulan Ruben Enbasegaram pula menerima RM750 bagi tempat keempat manakala kumpulan Salehuddin Yusof mendapat tempat kelima dan menerima wang tunai RM500.

 

Pemenang tempat keenam hingga 15, masing-masing menerima pelbagai hamper dan hadiah iringan.

 

Wakil juara pencarian harta karun kumpulan 4 Caret, Darmataksiah Abai berkata, beliau teruja dan gembira apabila kumpulannya diumumkan sebagai juara.

 

Katanya, bagi memenangi acara seperti itu, penetapan masa yang betul adalah sangat penting.

 

“Kami tidak sangka akan menjadi juara dan sudah pasti kami sangat gembira. Ternyata penglibatan kami dalam acara ini tidak sia-sia meskipun masa yang diberi agak singkat. Saya berharap pihak penganjur boleh melakukan lagi aktiviti se­perti ini dan menambahkan lagi masa untuk mereka yang gemar mencari harta karun memandangkan aktiviti ini semakin popular,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah program itu, di sini hari ini.

 

Hadiah pemenang disampaikan oleh Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor; Pengerusi Perbadanan Stadium Hang Jebat, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi; Pengarah Projek Treasure Hunt Gegau Melaka, Ariffin Nordin dan Pengerusi Koperasi Utusan Melayu (M) Berhad (Koperasi Utusan), Mustafa Kamal Basri.

 

Program ‘Treasure Hunt Gegau Melaka 2015’ merupakan program yang julung kali dianjurkan Koperasi Utusan dengan kerjasama Kelab Editorial Utusan yang menawarkan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai RM10,750 beserta hadiah iringan.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Posted in Utusan Malaysia (6th June 2015)
420 orang sertai Treasure Hunt Gegau Melaka 2015

KUALA LUMPUR 6 Jun - Seramai 420 peserta program Treasure Hunt Gegau Melaka 2015 berlepas ke negeri itu pagi ini dari perkarangan ibu pejabat korporat Kumpulan Utusan menggunakan 109 kenderaan.

Peserta dilepaskan kira-kira pukul 8 pagi oleh Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor; Ketua Hal Ehwal Korporat Petron Malaysia Refining & Marketing Berhad (Petron Malaysia), Zaimi Harun; Pengurus Venice Franshice Holding Sdn. Bhd., S. Haresh dan Pengurus Perhubungan Awam dan Penjenamaan Korporat Aeon Co. (M) Bhd. (Aeon), Zakimarhaini Mohd. Said.

Pengerusi Koperasi Utusan Melayu Malaysia Berhad (Koperasi Utusan), Mustafa Kamal Basri berkata, program anjuran bersama Kelab Editorial Utusan itu akan berakhir di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput dan penyampaian hadiah akan dilakukan di sana.

Katanya, program tersebut menawarkan hadiah wang tunai berjumlah lebih RM10,000 untuk lima pemenang utama dengan juara bakal menerima RM5,000 dan hadiah iringan manakala pemenang tempat kedua menerima RM3,000 dan hadiah iringan dan tempat ketiga menerima RM1,500 dan hadiah iringan.

Treasure Hunt Gegau Melaka 2015 berjaya menarik penajaan syarikat besar seperti SimplySiti Sdn. Bhd., Aeon, Canadian Pizza dan Petron.

Yang turut hadir Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Zulkifli Hamzah; Ketua Dagangan Runcit Petron, Faridah Ali; Pengurus Komunikasi Korporat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Borhan Mat Aris dan Pengarah Projek Treasure Hunt Gegau Melaka 2015, Ariffin Nordin.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Posted in Utusan Malaysia (28th May 2015)

RM70,000 menanti peserta Treasure Hunt


KUALA LUMPUR 27 Mei - Pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai untuk lima pemenang utama dan hadiah barangan tajaan syarikat-syarikat korporat bernilai lebih RM70,000 menanti para peserta program pen­carian harta karun ‘Treasure Hunt Gegau Melaka 2015’ dari Kuala Lumpur ke Melaka dijadualkan pada 6 Jun ini.


Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai ialah RM10,750 berserta ha­­diah iringan. Juara akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, tempat kedua RM3,000, ketiga RM1,500, keempat RM750 dan kelima RM500. Pemenang tempat keenam hingga 15 pula akan menerima pelbagai hamper dan hadiah iringan.

Pengarah Projek Treasure Hunt 2015 Gegau Melaka, Arffin Nordin


Menurut kenyataan Jawatankuasa Penganjur ‘Treasure Hunt Gegau Melaka 2015’ di sini hari ini, ia adalah program yang julung kali dianjurkan Koperasi Utusan Melayu Malaysia Berhad dengan kerjasama Kelab Editorial Utusan.

Kata kenyataan itu, program ini bertujuan memperluaskan jaringan kerjasama antara Koperasi Utusan de­ngan orang ramai khususnya penggemar acara mencari harta karun yang kian popular sebagai aktiviti riadah dan me­nguji minda.

“Ia juga dapat merapatkan hu­bungan dengan sektor korporat dan industri yang memberi sokongan dan tajaan hadiah bagi memeriahkan acara ini.

“Pihak penganjur menyasarkan sebanyak 200 buah kenderaan atau pasukan menyertai pertandingan ini yang akan bermula di pekara­ngan Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Bhd, di Jalan Utusan, Kuala Lumpur dan tamat di kawasan parkir Kompleks Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Me­laka,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sehingga kini sambutan adalah menggalakkan dan jika sasaran ini dapat dicapai dengan jayanya maka Treasure Hunt Gegau Melaka 2015 anjuran Koperasi Utusan dan rakan kerjasamanya akan mencatatkan jumlah penyertaan antara yang terbesar pernah diadakan.

Penyertaan masih dibuka dan mereka yang berminat untuk me­nyer­tainya acara ini boleh menghubungi wakil Koperasi Utusan, Lynn di talian 019-2875352, 012-3858104 (Shalina), 019-3907899 (Kasmah) dan 012-3202551 (Nanie) atau layari laman sesawang iaitu www.koperasiutusan.com, koperasi­utusan.blogspot.com, treasurehunt.com.my dan laman sosial facebook iaitu Koperasi Utusan Melayu Malaysia Berhad.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Posted in Utusan Malaysia (25th May 2015)
Dua syarikat besar taja Treasure Hunt Gegau Melaka 2015


KUALA LUMPUR 24 Mei – Treasure Hunt Gegau Melaka 2015 yang bermula dari Kuala Lumpur ke Melaka pada 6 Jun ini menerima tajaan daripada dua syarikat besar iaitu SimplySiti Sdn. Bhd. dan Aeon Co. (M) Bhd. (Aeon).


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SimplySiti Sdn. Bhd., Muhammad Zain Ibrahim berkata, sumbangan itu merupakan tanda terima kasih syarikat itu atas segala bantuan serta sokongan yang telah diberikan akhbar Utusan Malaysia kepada SimplySiti.
Mustafa Kamal (dua dari kiri) menerima tajaan Treasure Hunt Gegau




“Saya percaya program ini turut membuka peluang kepada kami untuk mempromosi produk SimplySiti,” katanya ketika menyampaikan tajaan sebanyak RM45,000 serta lima hamper berharga RM500 kepada penganjur acara itu, Kope­rasi Utusan Melayu Malaysia Berhad (Koperasi Utusan) dan Kelab Editorial Utusan, baru-baru ini.


Yang turut hadir, Pengerusi Koperasi Utusan, Mustafa Kamal Basri dan Pengarah Projek Treasure Hunt Gegau Melaka 2015, Arffin Nordin.


Acara berkenaan menawarkan hadiah berjumlah lebih RM10,000 kepada lima pemenang utama dengan juara bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dan hadiah iri­ngan, tempat kedua (RM3,000 dan hadiah iringan) dan tempat ketiga (RM1,500 dan hadiah iringan).

Sementara itu, Pengurus Kanan Aeon, Nor Laila Mohd. Samin berkata, pihaknya menaja 900 kemeja-T serta 1,000 baucar Aeon untuk peserta acara ini.

“Program yang sihat ini memberi kebaikan kepada komuniti dan selari dengan matlamat Aeon. Syarikat sangat prihatin dan mengambil berat terhadap generasi muda agar melakukan aktiviti yang berfaedah pada musim cuti.

“Usaha sama ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara Utusan Malaysia dan Aeon,” katanya.

Orang ramai yang berminat menyertai acara Treasure Hunt ini boleh menghubungi pihak urus setia atau wakil Koperasi Utusan iaitu Lynn di talian 019-2875352, Shalina (012-3858104), Kasmah (019-3907899) atau Nani (012-3202551) sebelum 30 Mei ini.




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Posted in Utusan Malaysia (18th May 2015)

RM70,000 hadiah Treasure Hunt Gegau Melaka 2015
PEGAWAI Komunikasi Korporat Petron Muhamad Hakim Nasir (kiri)

KUALA LUMPUR 17 Mei – Hadiah tajaan dan sumbangan bernilai RM70,000 menunggu para peserta yang menyertai acara Treasure Hunt Gegau Melaka 2015, dari Kuala Lumpur ke Melaka pada 6 Jun ini.

 

Program riadah pencarian harta karun anjuran bersama Koperasi Utusan Melayu Malaysia Berhad (Koperasi Utusan) dan Kelab Editorial Utusan itu menyasarkan sebanyak 200 penyertaan berpa­sukan atau kenderaan.





Pengerusi Koperasi Utusan, Mustafa Kamal Basri berkata, selain itu, hadiah wang tunai berjumlah lebih RM10,000 menanti lima pemenang utama dengan juara akan menerima RM5,000, kedua RM3,000, ketiga RM1,500, keempat RM750 dan kelima RM500 beserta hadiah iringan.

 

Tempat keenam hingga 15 pula akan menerima pelbagai hadiah iringan lain.

 

Menurut Mustafa, acara itu yang mendapat sokongan penuh Kumpulan Utusan akan melebarkan jaringan antara pihak media dan khalayak umum terutama peminat pencarian harta karun selain merapatkan kerjasama dengan sektor kerajaan dan korporat yang menyumbang hanyak hadiah untuk pemenang.

 

Beliau berkata, Petron Malaysia Refining & Marketing Berhad (Petron Malaysia) merupakan antara penaja utama dengan menyumbang tajaan baucar minyak dan barangan berjumlah RM28,000 bagi menjayakan acara Treasure Hunt Gegau Melaka 2015.

 

Acara itu katanya, terbuka kepada orang ramai dengan yuran penyertaan sebanyak RM400 bagi setiap kereta.

 

Menurutnya, tarikh tutup acara telah dilanjutkan kepada 30 Mei.

 

Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Korporat Petron Malaysia, Zaimi Harun berkata, Petron menyokong projek Treasure Hunt Gegau Melaka sebagai sebahagian daripada program kemasyarakatan syarikat minyak itu.

 

“Kami bangga dapat menyokong program kemasyarakatan dan rekreasi seperti itu,’’ katanya ketika menyampaikan tajaan Petron kepada Koperasi Utusan Melayu Malaysia Berhad dan Kelab Editorial Utusan, baru-baru ini.

 

Katanya, peserta acara itu akan menerima baucar minyak bernilai RM100 bagi setiap kereta sumbangan Petron.

 

Zaimi berkata, peserta acara Treasure Hunt Gegau Melaka 2015 boleh menggunakan kad Keistimewaan Petron Miles untuk mengisi minyak di mana-mana stesen minyak Petron semasa menyertai acara tersebut.

 

Selepas acara tersebut, peserta juga masih boleh menggunakan kad tersebut untuk membeli barangan dan minyak di kedai serbaneka Petron di stesen minyak Petron di seluruh negara dan mengumpul mata ganjaran dan menebusnya melalui pembe­lian bahan api di stesen minyak Petron, Esso dan Mobil di seluruh negara.

 

Menurutnya, setiap RM1 yang dibelanjakan oleh pengguna dengan menggunakan kad itu akan menerima satu mata ganjaran.

 

Mereka yang berminat boleh menghubungi pihak urus setia acara dan wakil Koperasi Utusan iaitu Lynn di talian (019-2875352), Shalina (012-3858104), Kasmah (019-3907899) atau Nani (012-3202551).



2 comments:

Unknown said...

mane boleh tengok gambar2 peserta? ade ke upload kt mana2?

JocelynSL said...

can i have the Hunt questions? wanna do some study and reasearch on treasure hunts. Thanks