Galak pengangkutan awam
Baju makin kuyup dibasahi keringat and sang mentari nun terik di atas kepala. Ditambah suasana hingar bingar dan hiruk pikuk di sekitar Brickfileds sememangnya mampu menyesakkan minda dan fizikal terutama dalam cuaca sebegitu.
Selain pengetahuan asas, peserta turut dibenarkan mencari jawapan dengan telefon pintar. |
Toleh kanan, sekumpulan lelaki sibuk mencari arah sambil mengipas muka dengan topi masing-masing. Terdetik di hati betapa nikmatnya saat ini andai dapat meredakan bahang dalam ruang berhawa dingin.
Cuaca panas tidak mematahkan semangat pasukan ini tampil berbeza dengan topi binatang. |
Toleh kiri, empat sekawan pula dengan selamba berbincang di tepi jalan sesak sambil mengenakan topi serigala berfabrik tebal.
“Ini cara kami untuk tampil berbeza dengan yang lain,” ujar seorang daripada mereka.
Dalam masa sama, tidak kurang juga yang cuba berteduh di balik rimbunan pokok dan barisan kedai sambil tangan tidak berhenti meneliti telefon pintar masing-masing.
Seronok melihatkan gelagat mereka dan yang pasti, kebanyakannya mempunyai misi yang sama - muncul juara.
Di atas kertas, MENGO-SPAD Green Hunt seperti cabaran mencari harta karun yang lain. Sudah namanya pun cabaran, justeru peserta perlu menyelesaikan klu di beberapa lokasi sebelum menamatkan perlumbaan dengan jawapan yang betul.
Namun seharian mengikuti jejak mereka membuatkan penulis dan rakan jurufoto turut sama ‘berpeluh’ memikirkan jawapannya.
Yang pasti, aktiviti ini bukan sekadar menguji kefahaman peserta mengenai alam sekitar tapi menuntut kesabaran dalam bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain menggunakan pengangkutan awam.
Jelas Pengerusi Gabu-ngan Badan Bukan Kerajaan dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MENGO), Yasmin Rasyid, pertandingan Green Hunt ini bukan sekadar melengkapkan jadual aktiviti tahunan organisasi terbabit tapi sebagai tanda meraikan Minggu Alam Sekitar Kebangsaan, hujung bulan lalu.
“Ini salah satu inisiatif MENGO dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia (SPAD) dalam meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kelestarian alam sekitar.
“Berbeza dengan aktiviti harta karun lain atau seumpamanya, peserta perlu menyelesaikan cabaran membabitkan alam sekitar, di samping menggunakan pengangkutan awam khususnya sistem LRT dan Monorail sebagai pengangkutan utama.
Pengangkutan awam khususnya Monorail dan LRT menjadi pengangkutan utama peserta. |
“Di kebanyakan negara maju, sistem kereta api laju amat efisien dalam mengurangkan jejak karbon dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.
“Lalu kami gunakan pendekatan ini untuk meningkatkan lagi kesedaran serta mempromosikan penggunaan sistem pengangkutan awam kepada peserta,” katanya.
Aktiviti yang mencecah tahun keempat penganjurannya ini juga bertujuan membantu mengumpul dana untuk aktiviti tahunan MENGO.
“Dana ini penting untuk membantu aktivis kami menjalankan aktiviti dan menggerakkan program kesedaran alam sekitar di seluruh Malaysia.
“Malaysia kini mempunyai ramai aktivis alam sekitar dalam kalangan generasi muda tapi mereka jarang berpeluang meningkatkan skil masing-masing kerana kekurangan dana.
“Cabaran Green Hunt adalah antara salah satu cara membantu mereka, selain beberapa gerakan yang dilakukan di seluruh negara,” jelasnya.
Seawal 7 pagi, lebih 100 peserta terdiri daripada 75 kumpulan korporat dan 29 pasukan orang awam bersedia di ruang legar SPAD bagi acara perlepasan.
Peserta kemudiannya bergerak ke Pasar Seni bagi menyelesaikan cabaran pertama iaitu meneka bau-bauan herba sebelum ke lokasi kedua di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) yang terletak di Jalan Ampang.
Di MATIC, peserta diminta menjawab soalan di empat stesen membabitkan spesis laut, haiwan liar dan tumbuhan yang dikendalikan beberapa organisasi di bawah MENGO, selain dibekalkan maklumat mengenai revolusi pengangkutan darat di Malaysia oleh SPAD.
Cabaran seterusnya ialah di sekitar stesen Monorail Tun Sambanthan yang terletak dalam kawasan Brickfields. Di sini, peserta perlu menyelesaikan beberapa klu membabitkan nama jalan, kedai dan mercu tanda bangunan di sekitarnya.
Usai melengkapkan semua klu, peserta kembali ke ruang legar SPAD untuk menentukan pemenangnya. Pemenang dikira berdasarkan jawapan tepat paling banyak diperoleh, selain catatan masa yang diambil untuk menyelesaikannya.
Setiap kumpulan juga berpeluang meraih mata tambahan jika membawa empat kilogram bahan kitar semula yang perlu diserahkan sebelum perlumbaan, di samping menggunakan bekas makanan dan minuman sendiri ketika makan tengahari.
Kala ditanya, sebahagian peserta mengakui tidak pernah ke Brickfields sebelum ini dan ada juga yang pertama kali menaiki LRT serta Monorail.
Selain SPAD, acara ini turut menerima sokongan korporat antaranya Hotel Frangipani, Tanamera, Lam Soon dan Ikea.
Usaha Paradigm Runners berbaloi
Pasukan Paradigm Runners membawa pulang RM5,000 selaku juara kategori awam. |
Keletihan selepas seharian mengharungi perjalanan panjang tidak mematahkan semangat tiga sahabat ini untuk menyertai aktiviti fizikal.
Sebagai peminat tegar pertandingan harta karun, Liong Chian Min, Chin Kar Peng dan Yeoh Ban Lye tetap meneruskan usaha menamatkan cabaran MENGO-SPAD Green Hunt 2013 meskipun tubuh makin kelesuan.
Usaha perit itu akhirnya membuahkan kejayaan apabila pasukan mereka, dikenali Paradigm Runners, dinobatkan juara bagi kategori awam dengan jumlah keseluruhan 76 mata.
“Kami dari Pulau Pinang dan bergerak ke Melaka sehari sebelum pertandingan bermula. Kami kemudiannya ke Kuala Lumpur untuk bersiap sedia menghadapi cabaran ini.
“Atas faktor komitmen keluarga dan kerja, kami cuba ada masa seminggu untuk melakukan persiapan menghadapi cabaran Green Hunt ini, di mana biasanya kami bersiap sedia sekurang-kurangnya tiga minggu untuk setiap acara harta karun,” ujar Liong selaku ketua pasukan.
Paradigm Runners memulakan saingan agak perlahan berikutan jarang menggunakan pengangkutan awam.
“Kami perlu turun-naik LRT dan Monorail dalam saingan ini, yang mana agak mencabar fizikal kerana faktor usia.
“Kami biasanya berkereta apabila menyertai pertandingan dan pada usia 40-an seperti ini, kami dapati penggunaan pengangkutan awam agak mencabar.
“Tapi apabila mula terbiasa dengan rentaknya, kami tiada masalah untuk bergerak dan dapat seiring dengan pasukan yang lebih muda,” ujarnya.
Kemudahan teknologi telefon pintar turut memudahkan mereka mencari jawapan untuk setiap klu.
“Menerusi cabaran ini, banyak yang kami pelajari mengenai cara melestarikan alam sekitar menerusi usaha jimat-cermat dan kitar semula.
“Kadang-kala kita tahu mengenai sesuatu perkara itu tapi apabila melihat dan melakukannya sendiri, barulah kita sedar mengenai kepentingannya,” jelas Liong.
Kejayaan itu membolehkan mereka membawa pulang RM5,000 dan hadiah iringan.
Sementara itu, pasukan Sime Darby muncul juara kategori korporat dengan jumlah 57 mata.
Task 2 Challenge |
Waiting for flag-off |
Entertainment by band |
Participants during hunt |
2nd Runner Up |
1st Runner Up |
Champion |
---------------------------------------------------------------------------------
Extracted from SPADNews Blogspot
MENGO GREEN HUNT 2013
SPAD in collaboration with MENGO, a network of 22 Environmental Civil Society groups in Malaysia organized a Green Hunt, which focused on public transportation and the 3Rs – Reduce, Reuse, and Recycle. This public event, was held in conjunction with the Malaysian National Environmental Week.
Venue : Main Foyer of Platinum Sentral (SPAD HQ)
Platinum Sentral,
Jalan Stesen Sentral 2,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur
Getting ready to hunt! |
Deep in thought!!! |
Waiting for challenges |
Searching for cryptic answers!!! |
-------------------------------------------------------------------------------
Extracted from The Star (20th Sep 2013)
Green-themed treasure hunt to promote sustainable living
Mengo, a network of 22 civil-society organisations formed in 2001 that works on sustainable development and environmental conservation will be partnering with KL City Walk as the official venue partner.
The Mengo Green Hunt 2013 aims to instil awareness and promote the use of sustainable modes of transportation while stressing the importance of leaving a low ecological footprint.
The annual hunt, which started in 2009 has been Mengo’s flagship fundraising and public engagement event.
This year’s hunt is a combination of the LRT (Light Rapid Transit) Hunt, Photo Hunt and Challenge Race.
The hunt from 7am to 2pm will cover a distance of at least 5km, starting and ending at the KL City Walk.
This year’s event hopes to attract 200 teams from among the goverments and private sectors, as well as the general public
Participation is in teams of four and the minimum age is 12.
Participation fee for members of the public is RM250 per team while the corporate teams are required to pay RM1,000 per team.
“This year, we can only manage 200 teams and participation will be closed once we reach the target.
“We hope interested groups and treasure hunters will sign up fast,” said Mengo chairperson Yasmin Rasyid.
“The Mengo Green Hunt aims to provide a fun and engaging experience for all segments of society and raise funds to support Mengo’s activities in the following year.
“It will be an enjoyable way to learn more about one’s environmental responsibility, and also to promote the beauty of Kuala Lumpur,” she added.
To register and for more information, visit www.mengo.org
No comments:
Post a Comment